Saturday, 17 December 2011

MARKAH BULAN

Ajan yang baru saja mendapat keputusan peperiksaan membawa pulang kertas soalan yang ditanda gurunya dan menunjukkan kepada ayahnya.

Ayah : Kenapa Matematik kamu ini asyik dapat kosong saja?? Ajan tak belajar ye??
Ajan : Eh mana ada ayah!! Tu bukan kosong . Tadi cikgu Ajan dah kasi bintang banyak dekat budak  kelas lain . Ada dapat lima bintang,empat bintang laa. Bila giliran Ajan,bintang sudah habis . Sebab itu cikg bagi dekat Ajan bulan.
markah bulan.......!!!

LURUS BENDUL

Chan baru pulang dari kerja terkejut melihat keretanya kemik di bahagian pintu lalu membawanya ke bengkel. 
Ah bong, pemilik bengkel kereta yang tahu kelurusan Chan mempermainkan dia dengan menyatakan kemik di pintu keretanya itu akan hilang jika meniup melalui lubang ekzos kereta.
Chan yang lurus bendul percaya dengan kata-kata Ah Bong dan terus pulang ke rumah lalu meniup lubang ekzos keretanya dengan harapan ia akan kembung dan pulih seperti sedia kala.
Teman serumah Chan , Sadi pelik dengan aksinya itu dan Chan menjelaskan yang Ah Bong yang menyuruhnya berbuat demikian.
Sadi yang mendengar penjelasan rakannya itu menepuk dahi lalu berkata ;"Kenapalah kau bodoh sangat, Chan weii..!! Kamu kena tutup semua tingkap dulu, baru boleh tiup.!"

WARNA

Suatu hari,Tok Batin pergi ke kedai barangan elektrik.Dia ingin membeli televisyen.

Tok Batin : Tauke.Ada jual TV warna tak?
Tauke : Ada.
Tok Batin : Saya nak beli satu.Yang warna hijau.

Wednesday, 14 December 2011

PEMANDU TEKSI PAKAI JEANS DISAMAN

Adelaide 14 Dis; Seorang pemandu teksi hari ini diarahkan membayar saman berjumlah AS$1417(RM4392) kerana memakai seluar jeans ketika bertugas.
Menurut akhbar Adelaide Advertiser, Shahram Foronzandeh 44,dikesan memakai seluar jeans ketika jabatan pengangkutan menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu-pemandu teksi dan perbuatannya melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Di Selatan Australia, pemandu teksi dikehendaki memakai pakaian kemas dan mereka tidak dibenarkan memakai seluar jeans serta seluar sukan.

Sunday, 11 December 2011

MENGGALI

Pengurus sebuah zoo,Zainal mendapat panggilan telefon daripada seorang kakitangannya mengenai kematian seekor gajah di taman haiwan berkenaan.Sebagai langkah pemeriksaan,Zainal bergegas
telah pergi ke kandang gajah tersebut.Alangkah terperanjat apabila dia mendapati ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Ahmad sedang menangis tersedu sedan.Kadangkala berteriak bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Zainal: Sebagai penjaga gajah saya faham perasaan dan kesedihan yang kamu tanggung.Nak-nak bila mendapati berita tentang haiwan belaan kita telah mati.
Ahmad: Saya bukan penjaga gajah ni tuan.Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggalikubur dan menanamnya....uuuawaaaaaaaaaaaa!!!!!Ada ke patut saya seorang je yang tanam bangkai gajag ni sorang-sorang..Kalau macam ni saya pun akan mati....!!!!!!!!!!!

Saturday, 10 December 2011

SAKIT JIWA

Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya,Murali sedang menulis surat.

Jururawat: Encik Muthu tulis surat kepada siapa tu?
Murali: Kepada diri aku sendiri lah!!!!!
Jururawat:Tulis apa tu?
Murali: Mana aku tahu!!Esok posmen hantar surat ni balik kat aku baru aku boleh baca..!!

TELEFON BIMBIT

Seorang suami  yang terlalu sibuk dengan kerjaya telah membeli sebuah telefon bimbit buat isterinya,Karimah,yang tidak pernah memiliki peralatan itu sebelum ini.Karimah terlalu gembira dan mendengar satu persatu penerangan daripada suaminya,Daud tentang fungsi telefon bimbit tersebut.Keesokan harinya,Karimah pergi ke pasar bersama dengan hadiah barunya dan mendapat panggilan pertamanya daripada Daud.

Daud: Bagaimana dengan handphone ayang?
Karimah: Sangat best...kecil...cantik...sound pun jelas tapi.....
Daud: Tapi apanya ayang?
Karimah: Macam mana abang tahu ayang ada kat sini?